xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> Simply.Me
RSS

My.Long.Journey.Towards.Him

Daisypath Anniversary tickers

Countdown.To.Be.InshaAllah

Daisypath Graduation tickers

A.Walk.To.Remember

Daisypath Anniversary tickers

Mutiara Hati Pertama

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 14, 2011

Coretan Lama

Kelihatan jari-jemari itu seperti sibuk menaip sesuatu. Hati terasa seperti mahu meluahkan semua yang terbeku dihati. Lalu, satu persatu window tab di-klik-klik membongkarkan segala memori. Oh. Dia teringat. Mungkinkah coretan lama itu perlu dikongsi semula?

Semoga bermanfaat.

***


Jalan ke Abadi itu Susah

Salam ‘alayk. Bismillah.
Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman – bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan:
Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu.
Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal.
Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas.
Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang.
Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti riak, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.
Wallahu ‘Alam. Semoga bermanfaat :)

Thursday, August 11, 2011

Budak.Itu.Yang.Comel

Comel.
Lagi Suci Tanpa Dosa.
Kadang-kadang jiwa yang tension mampu terlupa ke'tension'an yang melanda dek terpandang wajah comel itu.
Best kan?
Nak jadi seperti budak comel ini laa.


“Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}

Monday, August 8, 2011

Pilih Lelaki Yang Beragama

"Sesungguhnya, aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika Kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu"




Semoga bermanfaat.

Friday, August 5, 2011

soon

5 august.special entry.for someone  

Wednesday, August 3, 2011

Anak Si Penjual Susu


Di malam yang pekat dan angin dingin menusuk, Amirul Mukminin, Umar bin Khattab sedang menelusuri kota Madinah melalui lorong demi lorong. Di saat seluruh penduduk kota terlelap, sang khalifah tetap terjaga mendatangi satu demi satu rumah untuk mengetahui kondisi rakyatnya.
Dia sedar bahwa kepemimpinannya kelak akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT. Oleh karena itu, ia tidak ingin ada seorang pun dari rakyatnya yang terzalimi.
Malam makin larut hingga tibalah fajar menyingsing. Ketika hendak beranjak ke masjid, langkahnya tertahan di depan sebuah pondok kecil. Dari dalam pondok itu terdengar percakapan lirih antara seorang ibu dan putrinya. Dari percakapan itu ternyata mereka adalah penjual susu kambing yang akan menjual hasil perahannya di pasar pagi itu.
“Nak, campurlah susu itu dengan air,” pinta sang ibu kepada puterinya. Sang ibu berharap agar ia memperoleh keuntungan lebih banyak dari hasil penjualan susu campurannya.
Puterinya menjawab, “Maaf, Bu, tidak mungkin aku melakukannya. Amirul Mukminin tidak membolehkan untuk mencampur susu dengan air, kemudian menjualnya,” tolak puterinya dengan halus.
Sang ibu tetap berkeras, “Itu suatu hal yang lumrah, Nak. Semua orang melakukannya. Lagi pula Amirul Mukminin tidak akan mengetahuinya,” pujuk sang ibu lagi.
“Bu, boleh jadi Amirul Mukminin tidak mengetahui apa yang kita lakukan sekarang, tetapi Allah SWT Maha Melihat dan Mengetahui!” jawab sang puteri solehah.
Haru dan bahagia memenuhi dada Amirul Mukminin. Betapa dia kagum akan kejujuran dan keteguhan hati sang gadis miskin tersebut. Mungkin gadis tersebut miskin harta, tetapi begitu kaya hatinya. Amirul Mukminin teringat akan tujuannya semula dan bergegas menuju masjid untuk solat Subuh bersama para sahabat.
Sesudah melaksanakan solat di masjid, Umar bin Khaththab segera memangil puteranya yang bernama ‘Ashim. Beliau segera memerintahkan ‘Ashim untuk melamar puteri penjual susu yang jujur tersebut karena memang sudah saatnya’Ashim untuk berumah tangga.
Tidak lupa Amirul Mukminin menceritakan keluhuran hati gadis penghuni pondok kecil tersebut kepada puteranya.
“Aku melihat dia akan membawa berkah untukmu kelak jika kamu mempersuntingnya menjadi isterimu. Pergilah dan temui mereka, lamarlah dia untuk menjadi pendampingmu". Semoga kalian dapat melahirkan keturunan yang akan menjadi pemimpin umat kelak!” ujar Umar bin Khaththab kepada puteranya, ‘Ashim.
Akhirnya, ‘Ashim menikahi gadis berhati suci itu dan lahirlah seorang puteri bernama Laila. Dia tumbuh menjadi gadis yang taat beribadah dan cerdas. Saat dewasa, Laila dipersunting oleh Abdul Aziz bin Marwan.
Dari pernikahan keduanya lahirlah Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin besar yang disegani. Dia mewarisi keagungan akhlak neneknya dan kepemimpinan buyutnya, Umar bin Khatthab.
Pengajaran pertama, betapa Allah membayar harga susu tersebut dengan memberikannya seorang suami yang soleh.
Kedua, betapa pentingnya menyatukan lelaki soleh dan wanita solehah agar anak-anak yang bakal lahir adalah generasi pemimpin umat sehebat Umar bin Abdul Aziz. Dia meluruskan dua generasi dalam dua tahun pemerintahannya sebagai khalifah.



"Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...