Alhamdulillah. Perjalanan ke bumi Cairo mungkin ada sesuatu yang berharga ingin saya kongsikan. Bersama indahnya ukhuwwah menemui sahabat-sahabat lama yang lama tidak bersua. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hati ini sangat merindui suasana yang penuh mahabbah ini. Alhamdulillah......
Butir-butir permata. Ia perlu dicari. Walau terpaksa mengharungi lautan api sekalipun. Tuhanku sangat Mengerti :)
Saya suka bersoal-jawab dengan diri sendiri. Muhasabah sebentar adalah baik untuk setiap individu. Apakah selama kita hidup ini kita benar-benar telah berkorban sesuatu yang baik untuk diri? Sesuatu yang paling dekat dengan kita. Apakah ia benar-benar telah terlaksana? Hak kepada diri kita sudah tentu fitrahnya. Fitrah itu kepada kebaikannya.
Melewati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Allah Ismail benar-benar satu kisah pengorbanan yang menjadi panduan manusia menjalani ibadah korban sehingga kini. Subhanallah. Hebat dan besar pengorbanan itu adalah satu bukti yang kukuh membuktikan kecintaan mereka kepada Rabb Yang Satu. Sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang benar-benar terpilih untuk menjadi insan yang benar-benar dicintai Allah.
Pengorbanan ialah tentang melepasi satu titik kemuncak konflik jiwa dan perasaan. Hanya satu titik itu. Titik itu, sungguhpun hanya satu, tapi untuk melepasinya, kecamuk jiwa. Bercampur baur perasaan. Jika tidak masakan Ibrahim a.s masih bertanya meminta pendapat dari Ismail tentang arahan Allah s.w.t. Jiwa manusiawi Ibrahim a.s memerlukan satu keyakinan, bagi melepasi titik tersebut.
Namun setelah titik tersebut berjaya dilepasi dengan segala kegelisahan, kesempitan jiwa dan dada, kesedihan emosi juga barangkali, perasaan sesudah itu semua hampir tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Hati yang sebelum itu berkecamuk jadi damai bahagia. Mengecapi rasa indah melepasi titik sukar pengorbanan. Tenang dan lapang, selapang-lapangnya.

Sesudah berkorban, perasaannya mahal. Tiada yang setaranya.
Jadikanlah itu satu pendorong dan penolak buat diri kita, untuk berani mencipta satu pengorbanan buat apa yang kita imani.
Kedamaian dan kebahagiaan hati sesudah itu, adalah satu kepastian!
Jadikanlah itu satu pendorong dan penolak buat diri kita, untuk berani mencipta satu pengorbanan buat apa yang kita imani.
Kedamaian dan kebahagiaan hati sesudah itu, adalah satu kepastian!
Apakah aku sudah pernah berkorban? Atau terkorban?
Tuhanku sangat mengerti :)
Berkorban tidak sama dengan memberi. Berapa ramaikah yang sanggup berkorban selain memberi?
Berkorban itu sakit. Berkorban itu sangat besar pengorbanannya. Berkorban itu perlu terkorban. Tiada jalan lain, selain kitalah yang perlu kuat memutuskan untuk berkorban :) Apabila Tuhanlah segala-galanya dihadapan, berkorban itu kadang-kadang tidak perlu jawapan kerana Tuhanku sangat mengerti :)
Walhal inilah hidup. Berkorban dan terus berkorban. Aplikasi ini menuntut pengorbanan sepanjang hidup selagi kita bernama seorang 'hamba' Allah. Bukankah 'hamba' itu perlu bekerja sehari-hari untuk upah makannya? Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :)
Berjuang berkorban demi Cinta...kerana perjuangan ini adalah 'Perjuangan Cinta Kepada Ilahi'...............
May Allah Bless :)