Bismillahirrahmanirrahim.
Asssalamualaikum semua.
Buat pertama kalinya, saya meminta izin disini :) Saya mahu 'berehat' seketika. Berehat dari cengkaman duniawi yang tak pernah sudah. Oh, jika ada penjara 'nikmat' itu, lautan api sanggup saya renangi demi menuntut sebuah 'kebebasan'. Bebas dari belenggu nafsu itu. Sangat letih. Sungguh! Tetapi, ini tidak bermakna perjuangan ini berhenti disini. Cumanya, saya memilih untuk ke tempat 'lain' yang lebih utama. Selesai itu, inshaAllah, saya ke sini pula. InshaAllah, jika diizinkan lagi.
InshaAllah. Blog ini selepas entry ini akan sunyi seketika. Jumpa lagi jika dipanjangkan umur, andai umur itu baik untuk saya, dan untuk agama ini. InshaAllah Tolong doakan saya ye (^^,)
Sebelum mengundur diri dalam jangka masa saya sendiri pun tidak pasti, saya ingin memohon jutaan kemaafan andai selama ini ada mengguris hati mana-mana pihak. Saya betul-betul maksudkan :) Maafkanlah insan kerdil yang banyak kelemahan seperti saya ini ye. Semoga Allah Redha kita semua. Ameen..
Ada satu ingin saya katakan disini, untuk kebaikan bersama, InshaAllah. Jangan pernah melupakan Allah walau sesaat pun, dikala manusia melupai kita :) Kerana Dia adalah Pemilik dan memiliki kepada segala kesempurnaan itu. Pasti kita tidak akan pernah rasa disisihkan bila terlalu asyik menjaga Cinta DIA lebih dari segala-galanya :) Utamakanlah Allah dalam segala hal, keadaan dan ketika. Sentiasalah merebut Cinta DIA di malam tahajjud kerana ketika itu kita akan benar-benar terasa Dia benar-benar dekat dan bersama kita. Ketika itu, kemanisan cinta yang sangat hebat akan bergetar bersama Dia sahaja. Subhanallah !!! Dialah Tuhan dan Raja yang sentiasa mendengar rintihan dan permintaan kita dan sangat cinta untuk mendengar tangisan rayuan hambaNya setiap masa tanpa pernah jemu sedikitpun :) Dan Dialah Tuhan yang paling menyayangi kita, dan terus-terus menyayangi kita. Apa lagi yang kita mahukan selain ini? Sungguh! Sangat tidak ada melainkan ini !!
Doakan saya berjaya merebut Cinta Dia sebenar-benarnya. Sudah pasti paling sukar dimiliki, hanya yang terpilih yang benar-benar mahukan sahaja.
Saya benar-benar maksudkannya. Begitu juga dengan anda ye. Selamat semuanya.
Lastly but not least, Take care!
Wassalam 'Alayk.