xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> Simply.Me: Zaman Sekolah (?)
RSS

My.Long.Journey.Towards.Him

Daisypath Anniversary tickers

Countdown.To.Be.InshaAllah

Daisypath Graduation tickers

A.Walk.To.Remember

Daisypath Anniversary tickers

Mutiara Hati Pertama

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 15, 2010

Zaman Sekolah (?)

Zaman sekolah(?) Bagi saya, zaman itulah saya kenal 'meaning' hidup. Yes! Zaman dimana saya kenal kenapa kita hidup. Persoalan yang cukup mudah bukan? Tapi, definisinya cukup mendalam dan memberi kesan siapa saya hari ini. Sekarang dan dulu sungguh berbeza. Tapi, iman yang ada hari ini tidak sekali-kali saya bagi peluang untuk berubah. Ia cukup memandu kehidupan saya sekarang.

Zaman sekolah(?) Dulu di sana, saya diasuh, saya diajar, saya ditarbiah. Satu proses yang lain dari yang lain. Itulah istimewanya zaman sekolah yang saya rase saya mahu putarkannya ia kembali ke masa itu. Tapi saya tahu, masa tidak sama sekali akan berulang. Zaman dimana, indahnya islam saya dapat rasa dan amal. Suasana yang cukup mendamaikan. Kirim jawab salam tidak pernah lekang di lidah. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Saya dapat rase nikmat bersahabat, nikmat berukhuwwah. Ikatan itu cukup kuat. Sehinggakan saya rase saya mahu ketemu semula dengan semua kawankawan sekolah yang paling saya rindui tapi sudah jauh dimata, tapi masih dekat dihati. Itulah tempat kongsi hati yang paling sukar dicari=) Sesungguhnya, mereka sahabat baik yang paling terbaik yang pernah saya jumpa. Kini, disini, tiada lagi yang seperti mereka.

Zaman sekolah(?) Saya kira, zaman itu sangat membentuk peribadi seseorang. Jika ikhlas itu betulbetul ada. Maksudnya? Zaman yang saya lalui sekarang betulbetul menguji iman, menguji ketahanan, menguji macam-macam. Tapi, alhamdulillah, mungkin Tuhan masih menyayangi saya=). Saya bukan seperti mereka. Itu tekad saya. Tidak kira apa pun yang berlaku. Saya masih mahu mempertahankan hak saya sebagai seorang muslimah. Saya tidak kesah dipulau. Saya tidak kesah apa-apa. Tapi, saya kesah jika Allah memulau saya. Saya tidak mahu jauh daripada Dia.Saya sayang agama ini. Saya paling sedih melihat mereka. Tapi, saya tidak tahu, apakah mereka sedih melihat diri mereka sendiri? Saya pelik. Apa yang mereka kejarkan? Sesuatu yang tidak pernah kekal. Saya rasa fakta itu adalah fakta yang paling terang lagi bersuluh. Tiada apa yang akan kekal didunia. Melainkan amal yang soleh.
Mungkin Tuhan masih menyayangi saya. Saya rase tidak tenang jika ada sesuatu yang silap saya lakukan. Alhamdulillah. Allah masih memberi hidayah Dia pada saya. Dia cepatcepat menegur saya. Pernah satu ketika, saya macam sedih sangatsangat. Sedih yang membawa derasnya air mata ini, tidak tertahan lagi. Saya tidak tahu hendak mengadu pada siapa. Sebab mereka tidak faham apa yang saya sedih. Tapi, sebab 'zaman sekolah' lah saya dapat solutionnya=). Saya tahu dimana sepatutnya saya serahkan bila saya hadapi masalah, dikala keluarga jauh dimata. Tidak lain tidak bukan pada Dia. Sebab bagi saya, saya yakin Dia mendengar dan mengetahui segalanya apa yang saya rasa. Terima Kasih Allah!

Zaman sekolah(?) Kini tiada lagi. Tapi, yang ada kini hanyalah zamanzaman yang cukup menjawab segala persoalan. Dulu di zaman sekolah, mungkin tiada ujian sehebat ini yang bisa mengganggu gugat sesi pembinaan jati diri itu. Dan kini, zaman ini, hanya merekamereka yang benarbenar faham apa yang ada di zaman sekolah itu, akan mengguna secara bijak untuk melalui harihari mendatang zaman ini. Masing-masing sudah dewasa, mempunyai ujian masingmasing. Saya juga. Saya hanya mampu tersenyum bila saya tahu kenapa saya ada di zaman ini. Saya tahu saya masih hamba Dia. Masih diuji.

Zaman itu membentuk saya pada zaman ini.

Terima Kasih.
Gua itu kecil, tapi 'tempat kediamannya' seluas jauh mata memandang. Bagi yang melihat dengan mata hati ^_^

Ilmu diamal,Iman ditingkat.


Kita mahu melahirkan peribadi-peribadi muslim yang mutamayyizah; yang berbeza, unik, tersendiri dan terikat dengan islam.. Kita mahukan ummat yang beridentiti islam.. tidak sama dengan mereka yang ingkar dengan Tuhan.. Kita mahukan muslim yang bangga dengan ke'islam'an mereka.. tidak takut dan tidak malu untuk mengakui diri muslim.. Kita mahukan peribadi muslim yang merasa diri istimewa... dan mengajak muslim lain untuk sama2 berbangga ('izzah)..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...