xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> Simply.Me: Wajibat 38
RSS

My.Long.Journey.Towards.Him

Daisypath Anniversary tickers

Countdown.To.Be.InshaAllah

Daisypath Graduation tickers

A.Walk.To.Remember

Daisypath Anniversary tickers

Mutiara Hati Pertama

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 13, 2010

Wajibat 38

“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

Taubat- menurut kefahaman kita apabila kita menyebut taubat , di maksudkan apabila sesaorang yang membuat sesuatu dosa baru dapat di peraktikan amalan bertaubat itu. Tetapi bagaimana pula Rasullullah yang maksum dari segala dosa , baginda sentiasa bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari? Jadi pengertian taubat bermaksud lebih jauh dari setakat berdosa sahaja. Ini bermakna ia bermaksud kembali kepada Allah atau redha dan mengharapkan keredhaan Allah secara menyeluruh. Kembali dengan penuh keinsafan , takarop , hanya melihat kepada Allah semata didalam kehidupan ini dengan bersyahadah kepada Allah, Tuhan yang maha Agong. ” La ilaha illallah” Buat apa yang di suruh dan tinggal segala yang di larangNya. Taubat itu berpanjangan selagi kita hidup di alam ini bukan perkataan yang bermain di bibir saja. Perbuatan kita memperlihatkan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Itu yang di maksudkan “Kembali kepada Allah”.....

WAJIBAT 38
  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20. Jauhi riba.
  21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.
ps: nota ini lebih fokus kepada empunya diri...untuk meningkatkan nilai diri menjalani kehidupan sementara ini.
ps2: nota ini juga untuk perkongsian semua....semoga bermanfaat(^__^)

May ALLAH Bless!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...