Bismillahirrahmanirrahim.....
Saya selalu mengambil masa mengemaskinikan sistem blogging ini selama setengah jam paling kurang. Kadang-kadang boleh sampai dua jam lebih semenjak kali pertama saya merasakan sistem ini sangat menarik untuk mereka yang baru bermula jejak langkahnya bersama hobi barunya seperti saya :) *Alhamdulillah*
Dan, untuk makluman, saya sengaja memprivasikan blog ini buat sementara waktu untuk tumpuan yang lebih penting buat masa ini :) Alamak, saya rasa saya tak mampu menghalang diri saya untuk tidak meng-update blog *hehe* Mungkin ini sahajalah masa yang amat sesuai sebelum musim paling sibuk menjelma tak lama lagi :) Dan moga-moga ia menjadi ibadah sampingan mengisi masa-masa lapang apabila semua ini tidak-lain-tidak-kerana untuk merebut saham akhirat yang lebih utama, InsyaAllah :)
Bila sebut tentang ibadah ini, suka sekali saya kongsikan beberapa perkongsian hasil daripada ceramah Ustaz Zawawi sebentar tadi ketika saya duduk berlepak dihadapan TV untuk menunggu waktu subuh. Tertarik sangat bila beliau ada mengatakan bahawa ibadah ini bukan sahaja bila kita duduk atas sejadah 24jam siang malam, tapi bila kita 'tengok sesuatu' pun boleh jadi ibadah sebenarnya.
Sangat menarik bukan? :)
Ada 5 perkara bila kita tengok boleh jadi ibadah, malah menempah pahala pula :) Iaitu :
- Melihat Kaabah
- Melihat Al-Qur'an atau ayat-ayat sucinya
- Melihat Air Zam-Zam
- Melihat Alam Ciptaan Tuhan
- Melihat IbuBapa :)
Point terakhir sangat menarik perhatian saya sebenarnya :) *Subhanallah* Ibubapa kita sangat mulia nilainya disisi Allah. Sehinggakan, melihat mereka sahaja sudah merupakan ibadah yang paling mudah untuk beroleh pahala. Sudah tentu, lagi berlipat-ganda pahala kita apabila kita mentaati mereka pula :) MasyaAllah....
"Syurga dibawah kaki ibu"
Qoute ini sangat popular saya yakin. Isi tersuratnya tidaklah terlalu tersirat :) Bukanlah syurga itu jatuh martabatnya dibawah kaki ibu. Tetapi, yang ingin disampaikan adalah bahawa ibu tersangat-sangatlah perlu ditaati oleh seorang anak. Tidak kira macam manapun keadaannya dan ketika. Rasulullah apabila ditanya sahabat pun menjawab 3 kali nama ibu ,kemudian baru menyusul nama ayah apabila ditanya soal ketaatan seorang anak. Sesungguhnya, Allah benar-benar mengangkat darjat wanita itu hanya kerana seorang ibu :) Subhanallah....untungnya menjadi seorang wanita :)
Ibubapa kita adalah anugerah termahal yang sukar dicari ganti. Siapalah kita tanpa mereka. Kerana mereka, kita ada. Dan kita, adalah permata hati yang sangat ditunggu-tunggu disaat kita dilahirkan oleh seorang ibu dimuka bumi ini :) Hargailah mereka seadanya. Curahkanlah ketaatan kita sebaiknya pada seorang ibu dan juga seorang ayah. Mereka hanya mereka. Insan biasa yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga,mendidik, dan menyayangi kita. Kasih sayang mereka tidak pernah berbelah-bahagi untuk kita :)
Forever and Ever.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah :)
Note: Sudah 24 Ramadhan *mode sedey sebab lagi 6 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita :( *
Note 2: Nak tengok ummi abah puas2....hehe :)
Note 2: Nak tengok ummi abah puas2....hehe :)