Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya  diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.  Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm  perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid  Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas  sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah  atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan  syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya  bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan  izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang  mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan  dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya  dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta  terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak  50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah  Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima  ilmu pengetahuan. 
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya  serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan  matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada  pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah  memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan  serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar  daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat  menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda  menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100  kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan  lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat  tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang  fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang,  tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang  siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia  keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang  Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur  perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan  padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka  Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon  keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah  azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti  orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
