xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> Simply.Me: Langit Itu Tinggi
RSS

My.Long.Journey.Towards.Him

Daisypath Anniversary tickers

Countdown.To.Be.InshaAllah

Daisypath Graduation tickers

A.Walk.To.Remember

Daisypath Anniversary tickers

Mutiara Hati Pertama

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 25, 2011

Langit Itu Tinggi

Ada pepatah melayu kut pernah menyoalkan "Baru tahu langit tu tinggi ke rendah?"

Pergh. Tajam. Menusuk betul. Haru je.

Frust ke soalan tadi susah? Tipulah tak frust kan. Huhu. Mana ade soalan exam senang. Kalau senang, itu bukan exam laa kut namanye kan?

Tahniah lah kepada pembuat soalan. Sayang sangat kepada beliau! Terima kasih kerana bagi soalan susah yang membuatkan saya makin lebar untuk senyum kepada penjaga exam yang suka berbual rancak bersama rakannya ketika masa-masa yang memerlukan saya untuk berfikir mencari jawapan dengan baik agak terganggu. Sabar jela kan. "Barulah tahu erti exam itu pada tahap langit. Kalau tak, memang tahap kapas je saya tengok", kata Nur kepada Siti :)

Keluarnya anda selepas menjawab exam adalah tahap kayu ukur kepada tawakkal anda sebenarnya :) Anda masam ke atau masih 'gagah' mengukirkan senyuman manis kepada semua orang?

Ikhlaskah kita? Ikhlas betul-betul ke senyum tu? Hmmm......

Ada 4 perkara yang boleh kita sama-sama perhatikan jika kita adalah seorang yang begitu ikhlas dalam menuntut ilmu Allah ni, iaitu :
  • Jaga Ibadah WAJIB dan Sunnat. Kita adalah penjaga ibadah yang istiqamah walaupun selepas exam masih ringan solat pada awal waktu di setiap 5 waktu, suka baca al-qur'an, buat solat hajat dan lain-lain :)
  • Masih ringan untuk hadir mengikuti usrah walaupun tengah exam, mendengar tazkirah atau lebih kepada maksud menghadirkan diri dalam apa-apa majlis ilmu yang macam 'taman syurga' tu :)
  • Yang ni best :) Sentiasa istiqamah mengikuti jadual belajar yang dibuat, ada planning paling sistematik untuk faham setiap yang dipelajari di kuliah dengan baik sekali untuk mengelakkan kita belajar secara tergesa-gesa atau lebih kepada maksud belajar 'last minute'. Opss! *sangat terase T_T*
  • Akhir sekali, inilah yang mengukur tahap tawakkal kita :) yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam menentukan yang terbaik buat diri kita iaitu R.E.D.H.A dengan keputusan yang  bakal diterima :)
Moralnya, senyum tanda ikhlas bila kita faham erti ikhlas yang mengukirkan senyuman itu :)
Dan kita berjaya buat biasa-biasa sahaja tanpa menampakkan ke'frust'an kita kepada perkara yang dah lepas.
Dan, terus bangkit dengan gagah perkasa untuk meningkatkan kelajuan gear pada tahap optimum yang diperlukan dengan baik untuk next paper :)
Sambil terus berusaha tanpa jemu dan berdoa dan membantu pula membina semangat kepada rakan-rakan lain yang mungkin 'down' dengan mengingatkan mereka kepada konsep ikhlas dan tawakkal yang sebenar.
InshaAllah.
Kalau semua faham, bagai pelangi selepas hujan muka-muka berseri kelihatan selepas ini :)

Carilah keberkatan dengan meng-ikhlaskan diri dalam menuntut ilmu itu kerana ia lebih mahal harganya (^__^)

Eh, apa beza langit dengan kapas ye? :) Macam tak kena je. Ok. Abaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...