Bumi Cinta.
Hanya sekelip mata masa memintas kita. Oh! Aku rindu lagi. Berbagai perkara berlaku. Macam-macam. Tak menyempat berkongsi semuanya. Tapi, harapan ini aku sandarkan hanya pada Maha Esa. Semoga ada yang terbaik disebalik rancanganNya itu. Hanya satu pinta. Hanya satu!
Sungguh sayang! Bumi itu aku pelajari banyak perkara. Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besarnya :) Aku mohon untuk terus thabat atas jalan itu. Banyak lagi mahu aku gali.Oh Tuhan! Kuatkan aku lagi dengan ujian-Mu. Berikan ketenangan itu juga.
Disaat aku melangkah berpijak di bumi ini pula, alhamdulillah Tuhan masih mengizinkan aku untuk terus sedar apa tujuan utamaku kepulangan ini. Terus aku niatkan dengan nama Tuhanku yang Maha Satu dan berselawat untuk junjungan besar Nabi tercinta :) Moga ada kebaikan disetiap langkah ini.
" Oh Tuhan, hambamu ini meminta kepadaMu kebaikan bumi ini, kebaikan penghuninya dan kebaikan yang ada di dalamnya. Dan hambamu ini berlindung kepadaMu ya Allah dari buruknya bumi ini, dari buruknya penghuninya dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Amin. "